Cara Transfer Duit Ke Akaun ASNB Melalui Maybank2u

Rasanya semua dah tahu yang Maybank2u sekarang ni berwajah baru, kan? Dah tak sama macam yang classic version dulu. Personally, I rasa versi baru ni lebih user-friendly — lebih mudah nak faham dan guna.

Sebelum ni I dah pernah share cara transfer duit ke ASNB melalui Maybank2u classic. Tapi version tu sudah tak diguna pakai lagi. So, sekarang ni I nk update version terkini untuk elakkan kekeliruan. 

✅ Langkah 1: Log Masuk ke Maybank2u

Pergi ke laman utama Maybank2u

 

Cara Transfer Duit Ke Akaun ASNB Melalui Maybank2u

✅ Langkah 2: Pilih Menu Transfer Funds

Lepas login, klik ikon “Transfer” (boleh rujuk gambar dengan bulatan merah di versi asal post).
Kemudian pilih “Transfer Funds”.

 

Cara Transfer Duit Ke Akaun ASNB Melalui Maybank2u

✅ Langkah 3: Pilih Jenis Pemindahan

Di bahagian “Transfer To”, klik “Other Accounts”, kemudian pilih “ASNB Accounts”.

Cara Transfer Duit Ke Akaun ASNB Melalui Maybank2u

🟡 Jika Akaun ASNB Dah Didaftarkan (Linked)

Kalau sebelum ni you dah link-kan akaun ASNB dengan Maybank2u, nama akaun ASNB akan muncul terus di bawah “Linked ASNB”.

Untuk teruskan transaksi, klik pada akaun tersebut (rujuk panah hitam dari gambar asal).

🔴 Jika Akaun ASNB Belum Didaftarkan

Kalau ini kali pertama you nak transfer, you kena link-kan akaun ASNB dulu.

Klik “Link New ASNB Account” dan isikan maklumat yang diperlukan:

  • Nama penuh seperti dalam ASB

  • No. IC

  • Nombor akaun ASNB

👉 Lepas submit, tunggu lebih kurang 1–2 hari bekerja untuk akaun ASNB muncul dalam senarai. Lepas tu, baru boleh buat pemindahan duit.

 

Cara Transfer Duit Ke Akaun ASNB Melalui Maybank2u

✅ Langkah 4: Masukkan Jumlah & Transfer

Bila akaun ASNB dah linked:

  1. Pilih akaun ASNB yang nak transfer duit.

  2. Masukkan jumlah yang nak dipindahkan.

  3. Klik “Transfer” untuk sahkan transaksi.

Duit akan dipotong dari akaun Maybank seperti biasa.

 

Cara Transfer Duit Ke Akaun ASNB Melalui Maybank2u


Perlu Tahu: Duit Tak Masuk Serta-Merta!

Ramai readers email I tanya:

“I dah transfer duit ke ASNB via Maybank2u tapi bila buka portal myASNB, tak nampak pun duit tu?”

Don’t worry! ✅ Duit bukan masuk secara real-time ke dalam myASNB.
Tunggu dalam 24 jam — biasanya keesokan hari baru nampak dalam portal.

Hope membantu.

X, Hani.


Coffee helps me write. Support helps me shine 🥰

error: Content is protected !!