
Today, I nak share a short post but hopefully helpful untuk my readers yang memerlukan tips untuk mengurangkan sakit telinga, especially disebabkan jangkitan yang kerap berulang ataupun ada isu kronik lain yang melibatkan telinga. Tips yang I share ni I’ve personally tried, and I hope they bring some relief to those who need it.
Sedikit Latar Belakang
Sejak kecil lagi, telinga kanan I selalu ada masalah—daripada telinga berair, jangkitan kronik, naik kulat sehinggalah timbul ketumbuhan di dalam telinga. I know exactly how painful and frustrating it can be. In fact, disebabkan masalah telinga I ni makin serious, I had my first ear surgery in July 2014, and even now, I still get regular treatment with an ENT Specialist at PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya).
So yes, I totally get the struggle.
Pengalaman Sakit Telinga Teruk
Back in 2013, I experienced one of the worst earaches ever. Semua ubat yang doktor bagi, tak berkesan. Sakit dia, I tak boleh nak explain. SAKIT GILA. I tak tipu. Sakit tu sampai tahap I rasa kalau sakit gigi pun I mampu tahan lagi.
Desperate for relief, I cuba beberapa tips yang I jumpa online termasuk la dengan menggunakan bawang putih dan juga bawang besar. Let me save you the trouble: they didn’t work. I ended up wasting ingredients I could’ve used for cooking. 😂
Rawatan Paling Membantu: GARAM PANAS
Satu-satunya rawatan yang membantu adalah menggunakan garam panas. Tips ni I jumpa dalam Youtube. Nasib baik masa I teruk sakit telinga ni, I dah ambil cuti balik kampung. Jadi, ibu I yang jaga. I tunjuk dekat ibu tips untuk menggunakan garam ni.
Apa yang ibu I buat:
-
Panaskan garam kasar dalam kuali – Tak perlu sampai hangus, cukup sampai panas.
-
Masukkan garam ke dalam kain napkin kecil – Gunakan kain yang tebal sikit, dan ikat macam bunjut.
-
Biarkan sekejap supaya suhu selamat, kemudian tuam perlahan-lahan di telinga yang sakit.
Dalam beberapa minit lepas tuam, sakit makin berkurang. It didn’t completely go away immediately, but the relief was enough for me to finally rest.
I tak rajin nak tangkap gambar untuk tutorial tips ni, jadi I searched online dan jumpa gambar di bawah. Cara yang dia buat adalah dengan meletakkan garam di dalam stokin, kemudian baru dia panaskan. Nak ikut cara mana-mana pun boleh as long pakai garam.

Tahun 2013 adalah kali terakhir I kena sakit telinga yang teruk sampai tak boleh tidur malam. Alhamdulillah, sejak tu sampai sekarang, the pain never came back. I really hope it stays that way!
Oh..nak selit sedikit. I dapat rawatan di Klinik Pakar ENT selama 2 bulan sebelum doktor buat surat untuk I scan telinga di hospital. Klinik ni located di Sg. Chua, Kajang. Setiap kali kawan-kawan I tanya, I akan suggest untuk pergi klinik ni sebab rawatan dia memang terbaik. Cuma harga dia agak mahal la sebab klinik private kan.
📍 Klinik Pakar ENT Dr. Esa Rejab
Harap perkongsian ini dapat membantu sesiapa yang memerlukan.
X, Hani.
Coffee helps me write. Support helps me shine 🥰
Discover more from Wanderhoney.com
Subscribe to get the latest posts sent to your email.