Tips Mengurangkan Sakit Telinga Kerana Jangkitan Kuman.

Just a short post untuk share tips mengurangkan sakit telinga yang I sendiri pernah cuba. Sebelum tu, untuk pengetahuan, I mempunyai masalah telinga since I was a child. Jadi, untuk masalah telinga berair, chronic infection, kulat dan ketumbuhan di dalam telinga, I know how it feels like. I had my first ear surgery on July, 2014. But until now, i masih lagi memerlukan rawatan dengan Pakar ENT di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya).

Berbalik kepada tips untuk mengurangkan sakit telinga, sebenarnya I jumpa tips ni di dalam youtube tahun 2013. Masa ni I gigih cari tips untuk mengurangkan sakit telinga sebab semua ubat yang doktor bagi, tak berkesan. Sakit dia, I tak boleh nak explain. SAKIT GILA. I tak tipu. Memang SAKIT GILA sampai tahap I rasa kalau sakit gigi pun I mampu tahan lagi. 

I cuba beberapa tips yang I jumpa online termasuk la dengan menggunakan bawang putih dan juga bawang besar. Terus-terang, kalau jumpa tips pakai bawang ni, lupakan je la hasrat nak cuba. Tak berkesan langsung. Rugi dah 1 bawang untuk buat masak. Cara yang betul-betul berkesan adalah dengan menggunakan GARAM. 

Nasib baik masa I teruk sakit telinga ni, I dah ambil cuti balik kampung. Jadi, ibu I yang jaga. I tunjuk dekat ibu tips untuk menggunakan garam ni. Apa yang ibu I buat, dia panaskan garam dalam kuali, letak dalam kain napkin kecil dan ikat bunjut. Dia biarkan panas garam tu kurang sedikit. Selepas tu, dia tuamkan telinga I dengan bunjut garam ni. Seriously, sakit makin berkurang.  

I tak rajin nak tangkap gambar untuk tutorial tips ni, jadi I searched online dan jumpa gambar di bawah. Cara yang dia buat adalah dengan meletakkan garam di dalam stokin, kemudian baru dia panaskan. Nak ikut cara mana-mana pun boleh as long pakai garam.

Photo Credit: thewhoot.com.au

Tahun 2013 adalah tahun terakhir I dapat rasa sakit telinga teruk tahap macam ni. Until now, rasa sakit tu tak pernah datang balik. Harapnya sampai bila-bila. Tak sanggup lol!

Oh..nak selit sedikit. I dapat rawatan dengan Klinik Pakar ENT selama 2 bulan sebelum doktor buat surat untuk I scan telinga di hospital. Klinik ni dekat Sg. Chua, Kajang. Setiap kali kawan-kawan I tanya, I akan suggest untuk pergi klinik ni sebab rawatan dia memang terbaik. Cuma harga dia agak mahal la sebab klinik private kan.

Klinik Pakar ENT Dr. Esa Rejab

Ok, Until then…

 

 

error: Content is protected !!
Wanderhoney.Com