4 Tempat Menarik di Ipoh Yang Boleh Dilawati Pada Hujung Minggu

Semalam i dah share mengenai Taman Tema Sunway Lost World Of Tambun. Best kan! Today i nak share pula mengenai bandaraya Ipoh. Bagi yang belum pernah datang ke sini, Ipoh ni actually banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Antara tempat-tempat yang popular di Ipoh yang menjadi tarikan buat masa ini adalah Ipoh street art dan kafe-kafe hipster.

Sebagai anak jati Ipoh, i memang highly recommend untuk datang ke Ipoh on the weekend walaupun masa cuti agak terhad. Jom tengok 4 tempat menarik di Ipoh yang sesuai untuk weekend getaway ⬇️


1. Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Best untuk: pencinta alam & family outing

Tempat ni memang tenang dan cantik — macam mini tasik surrounded by limestone hills. You kena naik bot untuk cross tasik dengan harga tiket yang super affordable:

  • Dewasa: RM3.00

  • Kanak-kanak/Warga emas: RM1.50

Apa yang menarik kat sini:

  • Ada burung unta, rusa, monyet, dan ikan yang boleh diberi makan

  • Banyak spot cantik untuk bergambar (ramai juga yang buat pre-wedding photoshoot kat sini!)

  • Taman ni luas & ada gazebo untuk picnic

Parking: Percuma
Waktu terbaik datang: Pagi or petang untuk elak panas

 


2. Gua Kek Look Tong, Ipoh

Best untuk: nature + spiritual + photography lovers

Walaupun Gua Kek Look Tong ni adalah kuil Buddha, ia dibuka untuk semua pelawat tanpa mengira agama. “Kek Look Tong” bermaksud Cave of Great Happiness — dan honestly, tempat ni memang mendamaikan.

Apa yang you boleh expect:

  • Gua yang luas dengan patung Buddha besar

  • Taman refleksologi & kolam kura-kura di belakang gua

  • Suasana sejuk dan nyaman dalam gua (natural aircond gitu!)

Tiket masuk: Percuma
Parking: Percuma
Tips: Bawa air minum & pakai kasut selesa. Ada banyak tangga dan kawasan berbatu

Seperti temple lain, tempat ni juga dipenuhi oleh monyet-monyet liar. So, careful bila bawa barangan peribadi. 


3. Funtasy House Trick Art, Ipoh

Best untuk: content creator, kids & group fun

Kalau you suka tempat yang interactive dan boleh posing tak ingat dunia, tempat ni wajib masuk list. Funtasy House ni penuh dengan 3D trick art yang buat gambar you nampak “hidup”.

📸 Yes, ada staff yang akan bantu ambil gambar dan siap guide pose!
🎟️ Tiket:

  • Dewasa (dengan MyKad): RM15

  • Kanak-kanak / Student / Senior: RM10

  • Tanpa MyKad: RM19

Waktu Operasi: Setiap hari termasuk cuti umum
Lokasi: Di tengah bandar Ipoh — walking distance dari Ipoh Street Art

Nak tengok vibe tempat ni dulu? Boleh lawat Facebook: Funtasy House Trick Art 


4. Kellie’s Castle, Batu Gajah

Best untuk: sejarah + architecture lovers

Okay technically bukan dalam bandar Ipoh, tapi Kellie’s Castle cuma 30 minit drive dari Ipoh dan totally worth it!

Bangunan ni dibina oleh William Kellie Smith dan dikaitkan dengan pelbagai kisah misteri & cinta tak kesampaian. Yang suka bangunan bersejarah dan vibes ala-ala castle luar negara — this is the spot.

🎟️ Tiket:

  • Dewasa: RM5.00

  • Kanak-kanak: RM4.00

  • Parking: RM2.00

Tips:

  • Datang waktu pagi or lewat petang (sebab tengah hari seriously panas!)

  • Jangan lupa bawa air & topi

More on the castle’s haunting history? You can read here: Kellie’s Castle.

 


📍 Quick Recap – Your Weekend Itinerary in Ipoh:

Tempat Kategori Tiket Masuk Best Datang
Gunung Lang Nature RM3 (dewasa) Pagi/petang
Gua Kek Look Tong Gua & kuil Percuma Tengahari ke petang
Funtasy House Indoor 3D Art RM10–RM19 Anytime
Kellie’s Castle Sejarah RM5 (dewasa) Pagi or petang

So, next time bila you rasa nak recharge minda dan hati dalam masa singkat — jom roadtrip ke Ipoh. 

X, Hani. 


Coffee helps me write. Support helps me shine 🥰


Discover more from Wanderhoney.com

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

error: Content is protected !!