Apa Yang Best Di Taman Tema Sunway Lost World Of Tambun

Sunway Lost World Of Tambun ni terletak di Ipoh, Perak. I rasa i tak perlu nak intro banyak mengenai Lost World sebab taman tema ni adalah salah satu taman tema yang sangat popular di Malaysia. Semenjak taman tema ni dibuka, untuk pengetahuan, banyak perubahan yang pihak Sunway ni dah buat. So, if you pernah ke sini 2-3-4 tahun yang lepas, jangan ingat Lost World ni masih sama seperti dahulu.

Btw, recently i berpeluang untuk ke Lost World buat kali ke-3. Last i pergi tahun 2015. I was suprised by how much Lost World ni berubah dalam masa 2 tahun ; semakin menarik terutama untuk pencinta-pencinta haiwan. Oleh kerana Lost World ni sangat berhampiran dengan my hometown, i tergerak untuk datang semula ke sini.

Harga tiket nak masuk Lost World, boleh rujuk sini : Lost World Entrance Ticket. 

Bagi sesetengah orang, harga tiket Lost World ni mahal. Tapi pada i, once you dah masuk ke dalam, you akan rasa duit yang you bayar untuk tiket Lost World ni sangat berbaloi (Seriously!). If you tertanya-tanya apa yang best di Taman Tema Sunway Lost World of Tambun ni? Okay, today i nak share dengan semua. Jom baca artikel ni sampai habis! 

 

1. Boleh Main Air Di Waterpark Sampai Lebam!

1st thing yang you akan nampak bila you masuk ke dalam Lost World ni adalah Waterpark. Waterpark ni terbahagi kepada 6 bahagian – Jungle wave pool, Adventure river, Sandy bay, Kids explorabay, Cliff racer dan Tube raiders. Di waterpark ni nak main air memang tiada had. Tiada istilah you masuk pukul 9 AM, you kena balik pukul 12 PM. Main la air sampai lebam atau koma sekalipun. Tu pun kalau you larat lah sebab Lost World ni besar. Banyak tempat you kena explore. Dari segi safety, you boleh tenang-tenang aja. Lifeguard dalam Lost World ni merata-rata. Hensem-hensem dan sado pula tuh. Tak lemas pun nak buat-buat lemas. Eceh!


2. Ada Petting Zoo ; Boleh Pegang Haiwan Dan Tengok Dari Jarak Dekat. 

Bukan sahaja kanak-kanak, i yang dah besar nak masuk 3 series ni pun bukan main excited bila masuk petting zoo. Excited nak pegang haiwan-haiwan yang ada di dalam ni sebenarnya. Selalu dapat pegang kucing i je. Di Petting Zoo ni dapat la juga i merasa pegang rabbit, rakun, hedgehog, burung dll. Ada haiwan lain yang i tak dapat pegang pun at least i dapat tengok dari jarak dekat. Seronok!


3. Dah Tak Perlu Bercita-cita Ke Luar Negara Untuk Pegang Zirafah! Di Lost World Pun Boleh!

2 years ago, zirafah ni tak ada lagi. Jadi, i tak expect impian i untuk pegang muka zirafah menjadi kenyataan. Menangis i lol sebab terlalu happy. Haha. I sebelum ni siap plan nak pi Afrika semata-mata nak pegang zirafah. Ceh, over tau! Thank you Lost World buat impian i jadi kenyataan! Hehe. Oh! lupa nak mention. You boleh bagi zirafah ni makan juga. Makanan dia you boleh beli dengan harga RM2.00. Zirafah akan datang dekat you. I haritu bernasib baik zirafah datang dekat i walaupun i tak beli makanan dia (tak bawa duit..sob sob). Macam tau-tau je zirafah ni i nak pegang dia. 


4. Leganya Badan Dapat Berendam Di Hot Spring!

Tempat di dalam Lost World yang i tak sabar nak masuk. Bila dapat berendam di dalam hot spring ni rasa leganya badan alahai. Hot Spring ni terbahagi kepada beberapa bahagian juga. Boleh rujuk sini : Lost World Hot Spring And Spa By Night. Terpulang kepada individu nak pilih pool yang mana satu sebab suhu adalah berbeza di setiap pool. 


5. CATHOPIA UNTUK PENCINTA KUCING!

Untuk pencinta-pencinta kucing sekalian, Cathopia ni mesti you’all suka. You akan lalu depan Catopia ni bila you ke arah Petting Zoo. Kucing-kucing di dalam ni (actually tak banyak) you boleh pegang dan bergambar. Saiz kucing pula tak payah tanya. I nak angkat pun berat. Haha. Tapi yang penting kucing-kucing di dalam ni jinak dan comel gila! 


6. ADVENTURE RIVER BUATAN MANUSIA YANG TERPANJANG DI SOUTH EAST ASIA!

Adventure river ni best bila ada pelampung. You boleh sewa dengan harga RM5.00-RM10.00 tak silap. I haritu tak bawa duit after simpan bag di dalam loker. I malas nak pusing balik ambil duit. Jadi, i berenang-renang di kawasan terdekat je. Tak boleh nak pusing Adventure river ni jauh-jauh sebab ada wave bagai. Serius kalau ada pelampung memang best! Jadi, if ke Lost World, jangan lupa untuk selit duit kurang-kurang dalam RM30 di dalam poket. 


7. Rainforest Trail!

Rainforest trail ni untuk sesiapa yang nak menikmati suasana rainforest. Kat sini boleh dengar bunyi-bunyian haiwan. Ada monyet kat sini ni tapi masa i pergi, entah kemana monyet ni pergi. Tidur kot. Hehe. Tapi berdasarkan apa yang i baca, pukul 3 petang pekerja di sini akan bagi monyet-monyet di sini makan. Untuk someone yang sukakan nature macam i, view kat sini memang cantik. 


8. Dapat Tengok Pelbagai Jenis Tarantula di Tarantula Alley!

Sorry tak dapat nak share gambar Tarantula sebab gambar tak clear. I dapat share gambar i depan pintu masuk Tarantula Alley je. Hehe. Tarantula Alley ni bersambung dengan Rainforest Trail. Jadi if you masuk ke Rainforent Trail, you akan jumpa Tarantula Alley ni. Even if you pergi ke Tarantula Alley dulu, you akan end up di Rainforest Trail. Untuk yang tak pernah seumur hidup tengok tarantula, elok la ke sini. Dapat tengok dengan lebih dekat dan boleh belajar pelbagai jenis Tarantula yang ada.


Actually banyak lagi perkara menarik mengenai Lost World ni. Apa yang i share di atas hanyalah tempat-tempat di dalam Lost World yang menjadi kegemaran i. Lagi satu, setiap hari Lost World akan ada aktiviti dan juga persembahan. Jadual boleh rujuk showtimes di website Lost World of Tambun. Tiket boleh dibeli secara online ataupun boleh terus beli di kaunter tiket di Lost World of Tambun. Tak perlu booking pun tak apa. Untuk makluman juga, Lost World ni ditutup pada setiap hari selasa kecuali pada cuti sekolah dan public holiday. Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk website Sunway Lost World of Tambun. Until then…

 

 

 

Scroll Up