Tau tak sekarang ni kita dah boleh semak baki simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) secara online? Tak perlu dah susah-susah nak ke kaunter. Tapi sebelum boleh akses portal ni, you kena daftar nombor telefon bimbit dulu dengan pihak ASNB.
Kalau nak lebih mudah, boleh terus emel sahaja butiran diri ke:
📧 myasb@pnb.com.my
📱 Cara Daftar Nombor Telefon Melalui Emel
Untuk mendaftar nombor telefon melalui emel, you kena sertakan salinan kad pengenalan (IC) yang telah disahkan oleh mana–mana pihak berikut:
-
Pegawai ASNB / Ejen
-
Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional)
-
Pegawai Pengurusan Bahagian Sumber Manusia
-
Ketua Kampung / Penghulu
📌 Nota: Pastikan salinan IC ada cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan pegawai yang mengesahkan.
🏦 Daftar Nombor Telefon Melalui Ejen ASNB
Jika nak mendaftar melalui ejen ASNB pula, boleh terus pergi ke cawangan ASNB ataupun Ejen yang berhampiran. Ejen ASNB adalah seperti berikut:
- Maybank
- CIMB Bank
- RHB Bank
- POS Malaysia
- BSN
- Affin Bank
- AmBank
- Alliance Bank(kawasan Lembah Klang sahaja)
🌐 Cara Daftar myASNB Online
Bila dah buat pendaftaran nombor telefon dengan ASNB, sila tunggu sehingga 2-3 hari bekerja bagi pihak ASNB mengemaskini butiran diri you.
Step 1: Pergi ke Portal myASNB
👉 https://www.myasnb.com.my
Klik butang “Daftar di sini”
Step 2: Isi Maklumat Diri
Masukkan maklumat asas seperti nama, IC, dan pilih produk ASNB yang dilanggan.
Klik “Seterusnya”
Step 3: Sahkan Nombor Telefon
Kemudian, if pihak ASNB dah kemaskini butiran diri you, 4 nombor terakhir nombor telefon akan dipaparkan di dalam kotak (seperti di bawah). If tiada, maknanya you masih belum boleh mengakses portal myASNB ni. If ada, you boleh proceed dengan menekan “Permintaan TAC”. TAC akan dihantar melalui SMS. Bila dah dapat, masukkan 6 digit kod TAC di dalam kotak TAC dan klik “Seterusnya”.
🔐 Daftar ID Pengguna & Soalan Keselamatan
Seterusnya:
-
Pilih ID Pengguna (untuk login nanti)
-
Masukkan alamat emel
-
Cipta Frasa Keselamatan (contoh: “PelaburanSaya2025”)
-
Pilih 3 soalan keselamatan dan jawapan
-
Klik “Tamat”
📥 Log Masuk Kali Pertama
You akan diberikan kata laluan sementara. Klik “Log Masuk” dan:
-
Masukkan kata laluan sementara
-
Cipta kata laluan baru mengikut syarat yang diberikan
-
Klik “Tukar Kata Laluan”
✅ Akses Portal myASNB
Pergi semula ke myASNB dan klik “Log Masuk”.
-
Masukkan ID Pengguna
-
Pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah betul
(Kalau frasa salah, mungkin ID Pengguna salah. Semak semula ya!) -
Masukkan kata laluan
💼 Fungsi Dalam Portal myASNB
Lepas berjaya log masuk, you dah boleh:
-
Semak Jumlah Nilai Pelaburan
-
Kemaskini butiran diri (alamat, nombor akaun bank, emel)
-
Tukar soalan keselamatan / frasa
-
Cetak penyata pelaburan
Klik tab “Profil” di sebelah kanan atas untuk akses semua fungsi ni.
Until then. X, Hani.
Coffee helps me write. Support helps me shine 🥰
Discover more from Wanderhoney.com
Subscribe to get the latest posts sent to your email.