Cendawan Goreng Kunyit

Hey guys! today i nak share satu lagi resepi yang i selalu masak untuk diri i sendiri iaitu cendawan goreng kunyit.  Hanya perlukan 8 bahan dan sangat mudah untuk disediakan. Anyway, I ni memang jenis suka masak yang mudah-mudah. Jadi kalau you ni jenis tak pandai masak sangat, resepi-resepi dari i adalah sangat membantu. Hehe. 


Apa yang you perlu sediakan adalah :

  • Cendawan
  • Lobak merah
  • Serbuk kunyit (1 sudu kecil)
  • Cili api (dipotong tengah) / Cili merah
  • Bawang merah (dipotong bulat)
  • Bawang putih (dipotong nipis ataupun diketuk)
  • Kiub ikan bilis
  • Serbuk lada hitam (tak nak letak pun boleh)

Cara untuk memasak :

1. Panaskan minyak. (Minyak masak yer you alls! bukan minyak tar. Haha)

2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili api. Tumis sehingga kekuningan.

3. Masukkan lobak merah dan diikuti dengan cendawan. Kemudian masukkan 1 sudu sebuk kunyit. Kacau bahan-bahan dan masukkan sedikit air. Sikit je yer airnya. Jangan sampai bahan-bahan ni boleh berenang laut dalam. Hehe

4. Masukkan 1/3 kiub ikan bilis. Kacau dan tutup periuk. Biar sehingga mendidih dan tutup api. Voila! dah masak.

Makan dengan nasi panas-panas. Goreng telur dadar. Letak pulak kicap. Sedap! Okay, Bye!

 

error: Content is protected !!