Cara Tebus TM Rewards.

Hey guys! Pernah dengar tentang TM Rewards tak? Kalau tak pernah, okay..tak apa. Today i nak explain sikit mengenai TM Rewards ni dan bagaimana cara untuk menebus TM Rewards yang telah terkumpul sepanjang u’olls menjadi pelanggan setia Telekom Malaysia. 

Apa itu TM Rewards?

TM Rewards adalah program kesetiaan pelanggan dengan Telekom Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2008. Melalui mata ganjaran yang dikumpul, pelanggan setia TM boleh menebus mata ganjaran untuk mendapatkan voucher dan TM bill rebates. 

Bagaimana Cara Untuk Menebus TM Rewards? 

Firstly, pergi ke laman web www.tmrewards.com.my

 

If you tak sure samaada you pernah ada TM Rewards account, klik “Register”. Tetapi, katakan you tak boleh nak proceed untuk register disebabkan email atau account TM telah didaftarkan, pergi ke butang “Login”.

Masukkan butiran login. If you tak boleh nak proceed juga disebabkan you have no idea password apa yang digunakan dan this is your first time login, klik “Forgot Password”. Kemudian, reset your password dan login semula.

Bila dah login, you akan dapat tengok jumlah rewards yang telah terkumpul di bawah Account Summary :

Apa yang you kena buat seterusnya adalah menyemak semula profile you di “Update Profile”.  Untuk details TM Rewards membership, you boleh klik “My Account”. If semuanya okay, untuk tebus TM rewards, klik “Use My Rewards Points” : 

Pilih samaada untuk tebus voucher ataupun bill rebate. Di bawah ni i tunjukkan cara untuk tebus bill rebate. Klik pada butang select (seperti gambar di atas). Satu pop up akan keluar (seperti gambar di bawah)

500 points adalah bersamaan RM5.00. Pilih berapa unit you nak tebus dan klik “Next”. Macam i, i pilih 3 units iaitu bersamaan RM15.00.

Satu email confirmation juga akan dihantar melalui email :

Rebate ni akan diberikan pada your next bill yer. Contohnya, if you tebus pada bulan 9 (Bill RM189.74), rebate ni akan diberikan pada bulan 10 (Bill RM174.74). Jadi, make sure you tebus sebelum your next bill keluar. Okie dokie?! 

Okay guys! Until then…..

 

error: Content is protected !!