Cara Mendaftar Dan Mengakses Portal myASNB

Hello guys! Tau tak sekarang ni dah boleh semak baki simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) secara online? Ya, sekarang ni dah boleh dah. Tak perlu susah-susah nak ke kaunter. Tapi, sebelum tu, untuk mengakses portal ni, you kena membuat pendaftaran nombor telefon bimbit you dahulu dengan pihak ASNB ataupun, kalau nak lebih mudah, emel sahaja butiran diri ke myasb@pnb.com.my. 

Untuk mendaftar nombor telefon melalui emel, you kena sertakan salinan kad pengenalan (scan) yang telah disahkan oleh mana–mana pihak berikut:

  • Pegawai ASNB/ Ejen
  • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional
  • Pegawai Pengurusan Bahagian Sumber Manusia
  • Ketua Kampung/Penghulu

Nota : Salinan perlu ada cop rasmi nama, jawatan dan tandatangan pegawai.

Jika nak mendaftar melalui ejen ASNB pula, boleh terus pergi ke cawangan ASNB ataupun Ejen yang berhampiran. Ejen ASNB adalah seperti berikut:

  • Maybank
  • CIMB Bank
  • RHB Bank
  • POS Malaysia
  • BSN
  • Affin Bank
  • AmBank
  • Alliance Bank(kawasan Lembah Klang sahaja)

Bila dah buat pendaftaran nombor telefon dengan ASNB, sila tunggu sehingga 2-3 hari bekerja bagi pihak ASNB mengemaskini butiran diri you. (Macam i, after satu hari bekerja, bila i cuba akses portal myASNB, boleh je!) 🙂

Anyway, first thing yang you kena buat untuk mengakses Portal myASNB ni adalah dengan membuat pendaftaran diri.

Pergi ke laman web myASNB (macam gambar di bawah), klik “Daftar di sini”.

 

 

Seterusnya, isikan maklumat asas diri. Pilih produk ASNB apa yang dilanggani dan klik “Seterusnya” :

 

Kemudian, if pihak ASNB dah kemaskini butiran diri you, 4 nombor terakhir nombor telefon you akan dipaparkan di dalam kotak (seperti di bawah). If tiada, maknanya you masih belum boleh mengakses portal myASNB ni. If ada, you boleh proceed dengan menekan “Permintaan TAC”. TAC akan dihantar melalui SMS less than a minute. Bila dah dapat, masukkan 6 digit kod TAC di dalam kotak TAC dan klik “Seterusnya”.
Buat Pendaftaran Akaun. ID Pengguna adalah ID yang you nak pakai setiap kali nak Log Masuk. Then, masukkan alamat emel. Frasa Keselamatan pula adalah perkataan yang you create sendiri untuk mengenalpasti akaun yang you nak log masuk adalah your myASNB account. Ada 3 soalan keselamatan juga yang perlu dipilih dan setiap soalan keselamatan ni, kena pilih satu jawapan. Akhir sekali, klik “Tamat” 

After dah klik “Tamat”. You akan diberikan password sementara untuk Log Masuk your myASNB account (seperti di bawah). Klik “Log Masuk”.

 

You akan diminta untuk mengemaskini kata laluan. Masukkan kata laluan sementara yang diberikan. Create kata laluan yang baru mengikut syarat yang diberikan dan klik “Tukar Kata Laluan”.

 

Bila dah selesai, barulah boleh Log Masuk your myASNB account. Pergi semula ke laman utama myASNB, klik “Log Masuk”. You akan diminta untuk memasukkan ID Pengguna yang you telah create. Bila klik seterusnya, ID Pengguna yang akan dipaparkan bersama-sama Frasa Keselamatan yang you telah create semasa proses pendaftaran akaun. If Frasa Keselamatan yang dipaparkan bukan Frasa Keselamatan yang you create, berkemungkinan besar ID Pengguna yang dimasukkan adalah salah. Untuk lebih lanjut, boleh call no.telefon myASNB yang dipaparkan. 

 

If tiada apa-apa masalah, setelah memasukkan kata laluan, you dah boleh tengok Jumlah Nilai Pelaburan you  dengan ASNB. Selain itu, you juga boleh mengemaskini butiran diri you dengan menekan “Profil” (di sebelah kanan atas). Di Profil ni, you boleh tukar alamat rumah, boleh masukkan no akaun bank dan lain-lain.

 

 

Until then….

 

 

 

error: Content is protected !!