Cara Untuk Semak Maklumat “Sale Debit” Maybank

Pernah tak bila check bank statement ataupun transaction history, ada penolakan “Sale Debit”? Ok, untuk makluman, “Sale Debit” adalah transaksi melalui kad debit bagi pembayaran melalui kaunter ataupun secara online. If you buat semakan di dalam website maybank (app maybank2u juga) di transaction history, tiada maklumat terperinci penolakan “Sale Debit” dipaparkan. So, you tak boleh nak detect penolakan ni sebenarnya untuk apa. Contohnya macam ni: 


The question now, macam mana nak tau penolakan “Sale Debit” ni untuk apa? Actually senang je. Firstly, you kena Log In di App Maybank2u. Kemudian klik “Saving Account-i”. Paparan pertama adalah Transaction History (titik pertama). You kena swipe ke kanan untuk semak “Debit Card History” (titik kedua).

 


Maklumat terperinci penolakan “Sale Debit” akan dipaparkan di “Debit Card History”. Semua transaksi yang menggunakan Debit Card akan dipaparkan disini. Untuk makluman juga, semakan maklumat transaksi Debit Card boleh dibuat selepas tempoh 24 jam daripada tarikh transaksi dicaj. Sekian! ♥

 

 

 

error: Content is protected !!