Cara Mohon Refund Kad Touch n Go Secara Online

Pernah tak ada kad Touch n Go yang hilang ataupun dah tak aktif, dan di dalam kad tu masih ada duit? Untuk pengetahuan, duit di dalam kad TnGo ni, you boleh dapatkan balik melalui e-Refund di Portal Tng. Cara untuk mohon refund sangatlah senang, but, you kena make sure your kad dah didaftarkan di dalam Portal Tng. Kalau belum, make sure you tahu serial number kad tu. Kemudian, daftarkan dahulu kad tu sebelum buat permohonan refund. Nak tahu your kad pernah didaftarkan ataupun tidak, you boleh buat semakan di Portal Tng – Menu : Card & Devices – View Cards. 

Proses refund ni akan mengambil masa selama 30 hari. Macam kes i, kalau tengok kad-kad yang “INACTIVE” (seperti di dalam gambar), tu semua kad yang i buat permohonan refund. Kad bertukar jadi Inactive after 2 weeks permohonan dan duit refund masuk ke dalam e-Wallet i after a week kad bertukar Inactive. So, overall mengambil masa 3 weeks.

Okay, berikut adalah cara untuk mohon refund Kad Touch n Go :


  • Firstly, pergi ke page e-Refund di laman web Touch n Go, masukkan Card Serial Number dan Ic Number  : 

 


  • Masukkan butiran diri dan klik “Next” :

 


  • Untuk Refund Request, paling mudah I suggest untuk pilih “Card Termination” dan Reason Code adalah “Lost”. Ini yang paling mudah tanpa perlu isi butiran lain. But, if you ada sebab lain, you boleh pilih mengikut ketepatan permohonan. Bagi Card with Deposit, klik “No”. Untuk duit refund, ada 3 pilihan. Macam i, i pilih untuk masuk ke dalam E-Wallet. After buat pilihan, klik “Submit”.

 


  • Semak semula butiran yang telah dimasukkan. Jika tiada sebarang perubahan, masukkan verification code dan klik “Submit”. Untuk rujukan, boleh print permohonan. Jangan lupa simpan case reference number. 

 


  • Berikut adalah contoh duit refund yang telah masuk ke dalam eWallet i :

 

Itu sahaja. Hope tutorial ni membantu! XOXO 🙂 

 

 

error: Content is protected !!
Wanderhoney.Com