Tips Dan Cara Penjagaan Ketika Pakai Braces.

I pakai braces dari Januari 2020. So, tahun ni adalah tahun ke-3 dan I harap by next year I dah boleh buka my braces. Ok, sepanjang 2 tahun lebih pemakaian braces ni, I rasa I dah ada cukup pengalaman untuk berkongsi dengan semua sedikit tips dan cara penjagaan terutama untuk yang baru pakai braces. 

  • Bagi minggu pertama selepas pasang braces, gigi akan rasa sakit dan ada masalah untuk kunyah makanan. Jangan paksa untuk kunyah makanan yang tak bersesuaian. Makanan paling sesuai adalah bubur. 
  • Mulut akan selalu naik ulcer. Pergi farmasi, beli Oral Aid Lotion. Harga dalam linkungan RM6.00-RM7.00. Ubat ni sangat bagus. Dia akan buat ulcer rasa kebas. Sentiasa bawa ubat ni kemana-mana sebab sangat berguna terutama sebelum makan untuk mengurangkan rasa sakit.

  • Kena sentiasa ada toothpick (pencungkil gigi). Setiap kali makan, makanan akan tersekat dekat celah-celah gigi dan braces. Even after kumur, tak semua makanan yang tersekat akan keluar. Sebab tu, toothpick sangat diperlukan setiap masa. 
  • Untuk mouthwash, jangan pakai Listerine. It’s too strong dan tak sesuai untuk yang pakai braces. Pergi farmasi, Guardian, cari mouthwash Oradex. Pakai brand ni.

 

  • Untuk buah-buahan yang keras seperti epal, jambu dan mangga, kalau nak makan, potong nipis-nipis. Jangan paksa gigi untuk kunyah. Bracket braces boleh tercabut. Apa sahaja makanan yang keras boleh dimakan kalau boleh dipotong nipis. Kalau tak boleh, jangan makan. In general, elakkan makan makanan keras.
  • Kalau bracket braces tercabut, jangan buang. Simpan. Nothing to worry about. Your next appointment dengan your Dentist, bagi bracket tu. Dentist akan pasang balik. 
  • Gigi akan jadi sangat sensitive. Pakai Ubat gigi khas untuk gigi sensitive contohnya, Colgate sensitive pro relief. 
  • Berus dan floss gigi setiap kali sebelum tidur. Floss yang sangat sesuai untuk gigi braces adalah interdental brush. Boleh beli di Watsons.

  • Make sure scaling gigi 2x setahun. Jangan skip. 
  • Kalau ada gusi yang sensitive, atau terasa bracket berlaga dengan kulit mulut, letak dental wax sebagai penghalang diantara braces dan kulit mulut. Sesuai untuk menutup celahan di antara gigi-gigi juga. 
  • Elakkan minum minuman berais tanpa pakai straw. Akan rasa nyilu. Restaurant sekarang ni jarang nak bagi straw, jadi bawa straw sendiri. Letak dalam bag sebelum keluar ke mana-mana. 
  • Bawa cermin kecil atau tengok gigi menggunakan kamera telefon setiap kali selepas makan untuk pastikan tiada sisa makanan di celah-celah gigi. 
  • Kumur setiap kali selepas makan. 

  • Make sure tukar getah braces setiap bulan. Warna yang I suggest adalah hijau petronas, oren, merah, biru pekat dan hitam. Warna-warni ni akan tahan selama sebulan. Jangan pilih warna pink, ungu lembut dan biru laut sebab warna akan hilang after a few days. Elakkan pilih warna kuning (boleh buat gigi nampak kuning). My personal favorite adalah oren dan hijau petronas. 


  • Bagi getah untuk tarik gigi kedepan atau kebelakang (selalunya dentist akan bagi pakai pada tahun ke-2 atau ke-3, depending pada keadaan gigi). Pemakaian getah ni sangat tak selesa terutama bila makan. In my experience, I ada tertelan getah ni beberapa kali waktu I tengah makan. Ada orang cakap getah ni kena sentiasa dipakai untuk dapat result lebih effective. Pada I, depends pada diri sendiri. Ikut keselesaan. Lagipun getah ni boleh dibuka dan dipasang sendiri. 

 

Okay, last, yang paling penting sekali adalah untuk ikut nasihat your Dentist, they know what’s best for you.

X, Hani. 

error: Content is protected !!