Solo Travel 2016 : Koh Lipe Island, Thailand.

Actually trip ni boleh dikatakan unplanned trip. Asalnya i nak pergi Tioman, tapi disebabkan ada perkara yang melibatkan hati dan perasaan *gitu!*, i terus pergi buat passport. Fyi, i kena tunggu hampir 7 jam yer masa buat passport di Imigresen Kajang! 7 JAM hokey! Ramai gila orang. Tapi disebabkan i nekad untuk dapatkan passport, i kuatkan mental dan fizikal i untuk tunggu sampai selesai. Haha.

Pada mulanya i terfikir untuk ke Bangkok. Bila tengok harga flight ticket, menangis! Mahal. Rasa macam tak berbaloi. Tapi ye la kan? last minit. Memang la mahal. Oleh sebab itu, i pun ubah hala tuju. I tanya one of my online buddy if dia ada any suggestion for me. He is a backpacker dan dia la yang came up with the idea about Koh Lipe Island. Never heard of this island before. So, I pun mula cari info about this island – macam mana nak pergi bagai. After tengok google images, i was so excited to go. Cost tak mahal. Keseluruhan dalam RM800.00. For those yang ada terfikir nak pergi, here i share some tips and info for you guys. 


How To Get There.

  Transportation i booked sehari sebelum trip. Actually ada train straight pergi ke Hatyai tapi disebabkan last minit, i tak boleh nak book sebab seat semua dah penuh. The only choice i had and also the cheapest way to go to Hatyai that time was by Bus. Ticket pergi balik berharga RM160.00. I booked my bus dengan easybook.com. Bas bertolak dari Subang Airport ke Hatyai pukul 1 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Bila sampai, bas ni berhenti betul-betul depan kedai agent yang uruskan trip ke Koh Lipe. I terus booked kereta untuk hantar ke Boat Terminal for the next day. 


Bermalam Di Hatyai.

  Perjalanan ke Pak Bara Boat Terminal akan mengambil masa selama 2 jam. Jadi, i bermalam sehari di Hatyai sebab i takut tak sempat sampai ke Pak Bara. Last speedboat adalah pada pukul 3 petang. I booked The Hive Hostel di Agoda.Com. If you ke Hatyai, i sangat recommend untuk stay di hostel ni. Very helpful staff and dorm are very clean too! Bagi makanan di Hatyai pula, you tak perlu risau. Bersepah makanan halal. Sedap gila pula tu. Entah bila lagi dapat pergi Hatyai ni. Rindu makanan sana.  

The Hive Hostel: RM39.15 / night (including breakfast)


Pak Bara Boat Terminal.

  Oh, i forgot to mention, for this trip, my online buddy yang bagi suggestion untuk pergi ke Koh Lipe tu pun join. We never met in real life actually. Sembang dalam instagram je. Nasib baik la sekepala dan dia la yang banyak tangkap gambar i sepanjang this trip. Hehe. Berbalik kepada tajuk, esok paginya *after bermalam di Hatyai*, teksi yang i booked tak muncul-muncul. Nasib baik la receptionist hostel baik tolong kitorang. Dia la yang banyak kali telefon our agent. Tapi yang datang ambil kitorang lepas tu, bukan kereta tapi motor. Dah la minta naik bertiga. Tak bagi pakai helmet pula tu. Takut gila i. I dah la lama tak naik motor. Dalam masa yang sama i rasa seronok pula. Terasa macam adventure. Haha. *sengal*. 

IMG_20160211_105240

  Mamat yang ambil kitorang naik motor ni hantar sampai ke kedai agent yang sediakan kereta untuk ke Pak Bara. Fyi, i dah bayar cost transportation masa i awal-awal booked kereta ke Pak Bara lagi. Tapi agent cakap kereta yang sepatutnya ambil kitorang tu terlibat kemalangan. Jadi we need to pay another 1000 Bhat for other car untuk hantar kitorang ke Pak Bara. I was like “wtf. kenapa pulak? bukan salah kitorang pun..just tukar je la kereta lain..kenapa nak bayar lagi..?” And my friend malas nak bertekak, dia pun bayar. That guy yang jaga kaunter cakap kat my friend nanti balik dari Koh Lipe jumpa dia for refund.

Ticket Speed Boat & Entrance Fee: 500 Bhat/person.
Driver Tip: 20 Bhat.
Change Boat : 50 Bhat/person.

*Nak masuk terminal untuk pergi ke boat pun kena bayar lagi tapi i dah tak ingat berapa bhat.


Koh Lipe Island.
  • Hostel

  Sepanjang di Koh Lipe, i menginap di A+ Hostel. Seperti hostel di Hatyai, i booked with Agoda.com. Dorm  for this hostel, to me, agak sempit dan padat which i prefer The Hive Hostel lagi. But for the restroom, A+ Hostel lagi selesa than The Hive. 

A+ Hostel: RM83.58/night.


  • People

I’ve met few travellers but the one who really caught my attention was a traveller from Germany. I called him Tim. Gosh! He is one of the luckiest person in the world. Kenapa? Sebab parents dia hantar dia to travel the world after dia habis belajar. Semua perbelanjaan parents dia tanggung. Seronoknya. Yang kita ni gigih kumpul duit, ikat perut bagai semata-mata nak travel kan..?. 


  • Foods.

Makanan di sini tak ada masalah. Ada je kedai makan halal. Kalau nak jimat duit, ada 7 eleven di walking street. Boleh beli instant noodles bagai. Restaurant seafood pun banyak dan harga pada i tak murah & tak mahal sangat. Depends on your budget.


  • Beaches.

  Koh Lipe island ni tak besar mana pun. Boleh habis pusing satu island ni dengan berjalan kaki. Kalau malas sewa je basikal. If nak pergi diving or snorkeling, boleh ambil package. But i pergi untuk chill je. Tenangkan fikiran. Btw, there are 2 beaches in this island yang i pergi. Sunrise Beach & Sunset Beach. Favourite i adalah Sunrise beach. I sampai je terus pakai swimsuit tak sabar nak masuk laut. Cantik gila but very windy and wavy too. While sunset beach pula sangat tenang.

Photos at Sunrise Beach

Photos at Sunset Beach


Perjalanan Pulang Ke Kuala Lumpur.

I balik dari Koh Lipe with my new friends (Kerk, Adam & Leiyn). All are solo backpacker dari Kuala Lumpur. Boat bergerak pukul 9.30 pagi. Duit untuk boat kena bayar sekali di pantai dan lagi sekali di perhentian untuk tukar ambil speed boat. Perjalanan balik ke Pak Bara adalah selama 2 jam. Tapi masa balik ni, boat dah macam roller coaster dah. Backpack habis basah. haishh.

  Van dah siap tunggu di Pak Bara untuk hantar balik ke Hatyai. Masa i beli ticket boat di Pak Bara haritu, i dah siap booked awal-awal van ni. Van ni pun ada wifi. Jadi perjalanan balik ke Hatyai tak ada la bosan sangat.

  Our bus bertolak ke Kuala Lumpur pukul 8 malam. Kitorang pun sampai awal di Hatyai. Masing-masing tinggal backpack dekat kedai agent bus masing-masing. Then, pergi lepak dekat kedai makan. Bagi perjalanan balik ke Kuala Lumpur, duit insurance kena bayar 50 Bhat setiap seorang.  


Photo Credit :  

Adam Rawk
Zulkarnain (Kerk) – Penulis Buku Skriva Trilogi Vol I,II & III.

3 thoughts on “Solo Travel 2016 : Koh Lipe Island, Thailand.

Comments are closed.

Please wait...

Subscribe to Wanderhoney

Want to be notified when my article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.
Scroll Up