Cara Terminate Maxis Wireless Broadband Tanpa Perlu Ke Maxis Centre

Today i nak kongsi pengalaman i berurusan dengan pihak maxis secara online untuk terminate my maxis wireless broadband. Actually berurusan dengan pihak Maxis ni tak susah pun. Berdasarkan pengalaman i sendiri, pihak maxis selalunya memberikan maklum balas dengan cepat walaupun melalui social media seperti twitter ataupun forum. I ni jenis semua benda nak settle secara online. I malas nak ke kaunter-ambil nombor-tunggu giliran bagai. Jadi, kebanyakan urusan permohonan, pembayaran dan pertanyaan adalah secara online.

I dah menggunakan maxis wireless broadband selama 2 tahun. Tetapi disebabkan data usage maxis adalah limited dan i menggunakan internet 24 jam, i tak mampu nak bayar bulanan yang selalunya akan mencecah sehingga RM300.00. Jadi, i terus beralih kepada Unifi. Untuk 3 bulan pertama bila i check my maxis bill, amaun yang i perlu bayar adalah RM0.00. Tetapi, adalah menjadi satu kesilapan bila i tak terminate my wireless broadband awal-awal sebab selepas 3 bulan, maxis mula charge penggunaan walaupun i tak pakai my wireless broadband. Bayaran berlanjutan selama 3 bulan dan menjadikan jumlah tunggakan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM368.90. Itu pun i tahu selepas menerima panggilan dari maxis. Mula-mula macam tak percaya sebab i dah lama tak pakai my wireless broadband, tapi bila i check online, memang betul ada tunggakan. At first, sebelum i buat bayaran, i double confirm dengan pihak maxis melalui perbualan di twitter. Bila dah confirm, i selesaikan tunggakan yang perlu di bayar. Kemudian, barulah i boleh request untuk terminate my account. Ceh, kaya kau maxis charge duit orang je! 

Cara i terminate my maxis wireless broadband secara online adalah seperti berikut :

1) Pergi ke Myaccount.maxis dan log in. Yang belum ada account, boleh register dulu dengan klik first time user”.

(p/s : klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas) 

 

maxis82) Bila dah log in, klik View My Invoice” untuk tengok jumlah yang tertunggak.  Klik invoice yang paling latest untuk buat bayaran sepenuhnya.


maxis1

 

 3) Bila dah klik invoice yang paling latest, akan keluar paparan seperti di bawah :

 

maxis25

 

4) Terus buat bayaran dengan klik “Proceed”. Bayaran hanya boleh dibuat dengan menggunakan credit card. Jika tak mempunyai credit card, bayaran boleh dibuat melalui Maybank2u ataupun Cimbclick. Untuk melihat status bayaran, klik “View Payment History”. Make sure status adaOK. Then klik LIVE Chat untuk berhubung dengan pihak maxis secara online.

 

maxis7

 

5) Akan keluar paparan pop up seperti di bawah. Klik “Maxis Broadband”. Seterusnya “Others”.

 

maxis4

maxis5

6) Selepas tu, tunggu maxis sambungkan live chat dengan their staff :

 

maxis6

7) Bila dah disambungkan, minta that staff untuk terminate your account. Dia akan minta no. account dan ic number. Okay, settle. 

 

maxis

 

Senangkan? Macam itu sahaja prosesnya. Tak perlu susah-susah nak pergi ke Maxis Centre. Untuk make sure your account betul-betul dah terminate, boleh call maxis atau pun buat pertanyaan secara online melalui twitter ataupun boleh hantar email.

Oh, sebelum tu, i nak ingatkan yang proses ni hanya boleh dibuat jika kontrak bersama maxis sudah tamat. Bagi yang masih dalam kontrak (kurang dari setahun), untuk terminate kena bawa modem ke maxis centre dan akan dikenakan penalti sebanyak RM300.00 tak silap. Jadi, kalau nak terminate, tunggu je la setahun okay. 

Until then, Bye!

 

 

Please wait...

Subscribe to Wanderhoney

Want to be notified when my article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.
Scroll Up