Cara Pembayaran Online Cukai Taksiran (MBI)

Bagi yang memiliki kediaman di Ipoh, dari info yang i dapat, Pejabat Pos tidak lagi menerima bayaran cukai taksiran. Bayaran hanya boleh dibuat di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Walaubagaimanapun, pemilik kediaman sebenarnya masih boleh membuat bayaran tanpa perlu ke MBI.
Untuk pengetahuan, MBI telah mewujudkan portal ePerkhidmatan bagi memudahkan orang awam membuat bayaran secara online. Cara untuk membuat bayaran secara online ini adalah sangat mudah : 

  • Firstly, layari laman web : Portal Majlis Bandaraya Ipoh   (klik link), 
  • Scroll sampai ke bawah, kemudian, pilih “e-Semak & e-Cetak”.

 

Cara Pembayaran Online Cukai Taksiran (MBI)

 

  • Klik “Pendaftaran Baru”. (untuk pengguna baru). Daftar dahulu maklumat diri. 

         (p/s : klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas) 

 

Cara Pembayaran Online Cukai Taksiran (MBI)

 

  • Selepas daftar, boleh terus Log In. Laman utama profil pengguna adalah seperti di bawah. Lihat di dalam kotak “Cukai Taksiran” untuk melihat maklumat bayaran. Jika ingin membuat bayaran, tick di kotak kecil di jumlah bayaran dan klik Icon “cart”. 

 

Cara Pembayaran Online Cukai Taksiran (MBI)

  • Pilih kaedah bayaran, klik di kotak terma dan syarat, kemudian klik Bayar.

 

Cara Pembayaran Online Cukai Taksiran (MBI)

 

  • Setelah bayaran selesai dibuat, resit bayaran akan dipaparkan seperti di bawah :

 

Cara Pembayaran Online Cukai Taksiran (MBI)

 

 

error: Content is protected !!