Risiko Bercinta Dengan Non-Malay Atau Non-Muslim

Topik hari ini sangat personal dan dekat di hati I. Ini adalah berdasarkan pengalaman hidup I sendiri selama bertahun-tahun. Sejujurnya, I memang lebih tertarik dengan Non-Malay which dating history I adalah dengan Chinese dan Europeans. Ramai yang tanya, “Senang ke bercinta dengan Non-Muslim?” Jawapan jujur I: TIDAK. Bukan nak takutkan sesiapa, tapi bercinta dengan mereka yang berlainan bangsa atau agama memang ada cabaran tersendiri yang bukan semua orang sanggup nak hadap. Tapi, bagi I, pengalaman ni semua tetap seronok. Sebab apa? Sebab I dapat belajar budaya, tradisi, dan cara pemikiran yang sebelum ni langsung I tak pernah tahu. 


Realiti Perbezaan

Bila kita bercakap tentang perbezaan antara Malay dan Non-Malay, memang jelas sangat terutama dari segi agama dan adat budaya. Tapi jangan salah faham, perbezaan ni bukan semuanya negatif. In fact, ada banyak perkara yang buat I rasa lebih selesa dan dihargai bila bercinta dengan Non-Malay — especially dari segi layanan, komunikasi, dan cara mereka menghargai pasangan. Kalau you pernah ada pengalaman yang sama, you akan faham.

Tapi sebagai seorang Muslim, kita tak boleh abaikan hakikat yang besar: Islam dan budaya Melayu itu datang seiring. Bila tahu seseorang tu Melayu, minda kita automatik set, “Dia Muslim.” Kita akan lebih rasa secure bila fikir pasal masa depan. Lagi mudah.

Berbeza dengan Non-Muslim — bila bercinta, kita akan mula fikir jauh:

  • Boleh ke dia hidup cara Islam?

  • Sanggup ke dia convert?

  • Kalau lepas kahwin cinta tu pudar, apa jadi? Dia kembali pada agama asal?

  • Apa jadi dengan anak-anak?

  • Apa status agama mereka nanti?

Semua persoalan ni berat, dan itulah realiti yang kena kita kena fikir.


Tapi… Tak Semua Non-Muslim Sama

Yes, memang tak semua Non-Muslim tu bermasalah. I pernah jumpa orang yang lepas dia peluk Islam, perubahan dia 360 darjah. Malah lebih baik daripada sesetengah Muslim yang lahir dalam Islam. Dia betul-betul belajar, dia ikhlas, dan dia jaga agama lebih baik dari kita. Tapi itu tak berlaku pada semua orang.

So, here’s the truth:
Semua relationship ada risiko — tak kira Melayu ke, Cina, India, Muslim atau Non-Muslim.
Yang membezakan cuma tahap cabaran yang datang bersama.

Kalau pasangan Melayu, you dah tak perlu dari A to Z ajar pasal agama dan adat. Tapi kalau Non-Malay, especially Non-Muslim, you kena sabar ajar semuanya. You bukan sekadar bercinta, tetapi juga sedang berdakwah. Dan dakwah ni bukan mudah. Tambah lagi kalau dia tak ada minat langsung nak belajar.


Cinta Tu Melibatkan Dua Jiwa

Cinta bukan satu hala. Bukan boleh bercinta dengan diri sendiri (atau dengan kucing, pokok bunga, atau duit semata-mata 😅). Bila ada dua jiwa, ada tanggungjawab. Kalau pasangan tu Muslim, urusan lebih mudah. Tapi kalau Non-Muslim, dan you nak serius sampai kahwin, beban tu jadi lebih berat.

Lain la kalau you tinggal di Indonesia — ideologi pluralisme kat sana lain macam. Ayah Islam, mak Buddha, anak Kristian pun boleh. Tapi Malaysia lain. Dan kita bukan nak bincang bab pluralisme hari ini, okay? 

Kalau You Berminat atau Sedang Bercinta Dengan Non-Muslim, Ini Perkara You KENA Tahu:

1. Islam Meletakkan Syarat Jelas Untuk Perkahwinan

Islam mewajibkan pasangan Non-Muslim untuk peluk Islam kalau nak kahwin dengan Muslim. Ini bukan benda kecil. Untuk dia buat keputusan ni, bukan mudah — lagi-lagi kalau family dia tak setuju atau ada risiko dia akan dibuang keluarga.

2. Sebab Dia Convert – Untuk Cinta atau Kerana Hati Terbuka?

Ini paling penting. Dia peluk Islam sebab nak kahwin je ke, atau memang sebab dia nak cari kebenaran? Kalau hanya sebab nak kahwin, besar kemungkinan dia takkan kekal lama dalam Islam.

3. Gaya Hidup Dia Akan Berubah 180°

Untuk kita yang lahir dalam Islam, semua ni biasa. Tapi untuk dia, perubahan ni besar. Bayangkan orang yang dah biasa dengan pork dan alcohol, sekarang kena tinggalkan semua tu. Kita sebagai pasangan kena bantu dia adapt. Kalau tak sanggup, don’t start.

4. Perbezaan Budaya Boleh Jadi Bom Jangka

Trust me. Kadang-kadang cara fikir pun lain. Kalau pasangan tu tak biasa hidup dalam masyarakat majmuk macam Malaysia, dia mungkin susah nak faham adat dan sensitiviti kita. Tapi kalau dia jenis terbuka, especially kaki travel, usually dia lebih open-minded.

5. Elakkan Topik Agama Pada Awal Hubungan

Jangan paksa. Jangan preach. Bila dia nampak sendiri akhlak you, cara hidup you, dia akan curious dan mula tanya sendiri. Masa tu baru sesuai untuk cerita pasal Islam. Kalau dia still bersama you walaupun tahu you Muslim, itu tanda dia terbuka.

6. Kekuatan Dia Untuk Lawan Tekanan Keluarga

Family dia mungkin akan desak, ugut, atau tarik dia keluar dari Islam. You kena fikir: cukup kuat tak dia nak lawan semua tu? You pun kena bersedia untuk jadi support system dia.

7. You Akan Jadi Duta Kecil Islam

Suka atau tidak, bila you couple dengan Non-Muslim, semua mata akan tengok. Bila ada isu pasal Islam, dia akan tanya you. So, walaupun you sendiri pun solat ada tinggal, you kena usaha faham agama lebih dalam — sebab you bakal jadi sumber rujukan dia.

8. Pahala Besar, Tapi Dosa Pun Besar Kalau Dia Murtad

Kalau dia peluk Islam dan kekal dalam Islam — pahala besar untuk you. Tapi kalau dia tinggalkan Islam nanti — dosa pun besar, sebab you yang mula bawa dia masuk. Jadi, jangan main-main. Kena betul-betul bersedia.

9. Haters Akan Ada. Always.

Ramai orang Melayu takkan suka bila tengok you dengan Non-Malay/Muslim. Akan ada yang kutuk, stalk you, kritik sana sini. Don’t waste your time. Islam tak ajar kita untuk menghina orang lain. Biarkan mereka. You focus je pada hubungan dan niat you.


Kesimpulan: Cinta Itu Indah, Tapi Jangan Buta

Nak bercinta dengan Non-Muslim, bukan salah. Tapi kalau dah fikir ke arah kahwin, pastikan hati you kuat, ilmu cukup, dan niat jelas. Memang best bercinta dengan mat salleh — tinggi, handsome, romantik. Tapi kalau tak ada ilmu dan iman yang kuat, cinta tu akan hanyut.

Ingat ya, cinta manusia itu sementara. Jangan sampai cinta buat you terpesong dari jalan yang betul. Jangan pula nanti you yang jadi “saudara baru”! Haippp!

Okay guys, itu sahaja untuk kali ini.
If you’re in this situation or pernah lalui pengalaman yang sama, share la dekat komen. Let’s support each other with empathy and love 💕.

Until then, stay wise & stay true to yourself.

Xx, Hani


Coffee helps me write. Support helps me shine. 🥰


Discover more from Wanderhoney.com

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

error: Content is protected !!