I ni peminat laksa. Terasa je nk makan, I akan terus buat walaupun tengah malam sebab pada I nak buat laksa ni senang. Even kalau tak cukup bahan pun I akan buat, janji, ikan dan laksa kering ada, dan boleh dikatakan every week I akan buat laksa. Kawan-kawan I pun memang suka terutama Fera. Hi Fera! Hehe. So, today I nak share resepi laksa yang I selalu buat untuk sesiapa yang nak mencuba. Resepi I ni boleh dimakan seramai 2-3 orang.
Bahan-Bahan Untuk Dimasak:
- Laksa kering / basah. (I suka laksa kering sebab tekstur tak lembik).
- Ikan kembung/ Ikan sardin 5-6 ekor.
- 1 biji bawang besar.
- 1-2 sudu cili mesin.
- Asam keping.
- Belacan (kalau tak nak letak belacan pun tak apa tapi I suka letak belacan sikit).
- 1 kiub ikan bilis.
- 1 Bunga kantan.
- Daun kesum.
Bahan-bahan untuk dimakan bersama Laksa:
- Daun salad.
- Nenas.
- Bawang besar.
- Timun.
- Telur rebus.
- Limau kasturi.
- Daun pudina (kalau suka).
- Cili merah atau cili api atau dua2. Hehe
Cara Masak:
- Sebelum masak kuah laksa, rebus dahulu laksa kering. I suka masukkan dalam rice cooker je dan I biarkan masak dalam tu sampai lembut.
- Rebus telur. Biar sampai masak.
- Rebus ikan kembung/ ikan sardin, kemudian bila dah masak, perisi ikan (ambil isi sahaja).
- Masukkan isi ikan ke dalam blender bersama-sama 1 biji bawang besar dan sedikit belacan. Kisar dengan menggunakan air rebusan ikan tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk untuk dimasak.
- Tulang ikan juga boleh dikisar kalau nak, tapi hanya dibuat selepas isi ikan dikisar. Masukkan tulang ikan ke dalam blender bersama-sama air rebusan ikan. Kisar sampai hancur. Kemudian tapis sebelum dimasukkan ke dalam periuk isi ikan yang dikisar tadi.
- Panaskan periuk dengan menggunakan api sederhana. Masukkan 1-2 cili kisar (ikut tahap kepedasan yang you nak), asam keping (I selalu letak 3-4 keping), 1 kiub ikan bilis dan bunga kantan yang telah dipotong-potong. Tambah air jika air ikan rebusan tadi tak cukup, tapi jangan tambah air banyak sangat sebab nanti kuah cair. Agak-agak je. Kemudian, biar kuah masak sampai menggelegak. (I selalu tak tambah air sebab air rebusan ikan memang I akan buat cukup-cukup untuk buat kuah laksa).
- Akhir sekali bila dah menggelegak, masukkan daun kesum. Rasa dahulu kuah laksa untuk pastikan kuah dah secukup rasa sebab kiub ikan bilis dah buatkan kuah masin. Jadi, tambah sedikit garam jika tak cukup masin. Kalau kurang masam, boleh tambah asam keping ke dalam kuah laksa ataupun nanti boleh perah limau kasturi masa nak makan (I jarang pakai limau kasturi). Gula dan ajinomoto tak diperlukan. I tak pernah buat laksa pakai dua bahan ni.
- Kacau kuah dan tutup api bila menggelegak.
X, Hani.