Tips & Panduan Lengkap Penjagaan Braces untuk Beginner

I mula pakai braces sejak Januari 2020. Jadi, tahun ni masuk tahun ke-3 dan I harap by next year, I dah boleh buka braces I. Sepanjang lebih 2 tahun pemakaian braces ni, I rasa I dah cukup pengalaman untuk berkongsi beberapa tips dan cara penjagaan khas untuk yang baru pakai braces.


Penyesuaian Diri Di Minggu Pertama

Minggu pertama selepas pemakaian braces adalah fasa paling mencabar. Gigi akan terasa sakit dan untuk kunyah makanan mula menjadi sukar.

Berikut adalah beberapa tips untuk melalui minggu pertama dengan lebih selesa:

Pilih makanan lembut –Jangan paksa diri makan makanan yang keras. Paling selamat, makan bubur nasi, sup, yogurt, dan smoothie. Elakkan makanan keras seperti kacang atau daging liat.

Gunakan ubat tahan sakit jika perlu – Panadol atau ibuprofen boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan

Kurangkan pergerakan rahang – Makan dalam suapan kecil dan kunyah perlahan-lahan untuk mengurangkan tekanan pada gigi.

Ulser mulut? – Braces boleh menyebabkan geseran pada bahagian dalam bibir dan pipi, menyebabkan ulser. Solution? Pergi farmasi dan beli Oral Aid Lotion (harga dalam RM6.00–RM7.00). Ubat ni memang lifesaver—dia buat ulcer rasa kebas. Sentiasa bawa ke mana-mana, especially sebelum makan, untuk kurangkan rasa sakit.

 


Kebersihan Gigi dan Braces

Toothpick atau floss – Setiap kali selepas makan, sisa makanan akan tersekat di celah braces. Walaupun selepas kumur, tak semua akan keluar. Jadi, bawa toothpick atau interdental brush setiap masa.

Mouthwash yang sesuai –Elakkan Listerine kerana terlalu kuat dan boleh menyebabkan iritasi. Sebagai alternatif, cari Oradex di farmasi atau Guardian. Lebih lembut dan sesuai untuk pengguna braces

Berus & floss setiap malam – Bila pakai braces, gigi akan jadi sensitif. So, pakai ubat gigi khas contohnya Colgate Sensitive Pro Relief. Floss terbaik untuk braces pula adalah interdental brush—boleh cari di Watsons.

Scaling 2 kali setahun –Penting untuk membuang plak dan memastikan kebersihan maksimum. If tak jaga, contohnya you tak floss gigi you, scaling akan jadi lebih dari 2 kali. Kalau sayang duit, tolong floss. Scaling sekarang ni pun mahal.

 


Makanan yang Perlu Dielakkan

Pemilihan makanan memainkan peranan penting untuk pastikan braces tidak rosak dan gigi kekal sihat.

Buah-buahan keras – Kalau nak makan epal, jambu, atau mangga, pastikan potong nipis-nipis. Jangan paksa gigit dan kunyah terus sebab boleh menyebabkan bracket tercabut.

Elakkan makanan keras – Apa sahaja makanan yang terlalu keras yang berisiko boleh merosakkan braces, kalau boleh dipotong kecil, makanlah. Kalau tak, better skip.

Bracket tercabut? – Jangan panik. Simpan bracket yang tercabut dan bawa ke next appointment untuk dipasang semula. 1 bracket dalam RM50.00. Make sure simpan. Jangan buang. 

Minuman sejuk – Kalau nak minum air berais, pakai straw untuk elakkan rasa nyilu. Since banyak restoran dah tak bagi straw, better bawa sendiri dalam bag.


Tips Tambahan yang Berguna

Gusi sensitif? – Letak dental wax sebagai penghalang diantara braces dan kulit mulut. Sesuai untuk menutup celahan di antara gigi-gigi juga. 

Sentiasa check gigi selepas makan – Bawa cermin kecil atau guna kamera phone untuk pastikan tiada makanan tersekat.

Kumur selepas makan – Ini basic tapi sangat membantu jaga kebersihan braces.

Tukar getah braces setiap bulan – Pilih warna yang tahan lama seperti hijau Petronas, oren, merah, biru pekat, atau hitam. Elakkan warna kuning (buat gigi nampak kuning) atau pink, ungu lembut, dan biru laut sebab warnanya cepat pudar. Personal favorite I? Oren dan hijau Petronas!


Pemakaian Getah Elastik

Biasanya pada tahun ke-2 atau ke-3, doktor gigi akan bagi getah elastik untuk membantu penyusunan gigi dengan lebih baik.

Rasa tidak selesa adalah normal – Getah ini adalah untuk menarik gigi ke hadapan atau ke belakang, jadi rasa tegang adalah perkara biasa, terutama ketika makan.

Pakai mengikut arahan doktor – Sesetengah orang pakai getah ini 24/7 untuk hasil lebih cepat, tetapi ikutlah keselesaan sendiri dan nasihat doktor gigi sebab getah ni boleh dipasang dan dibuka sendiri.

Pernah tertelan getah elastik? – Jangan risau, ia tidak berbahaya. Tetapi jika kerap berlaku, mungkin perlu lebih berhati-hati.

 

Paling Penting?

Ikut nasihat doktor gigi! Mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk gigi anda. Jangan sesekali cuba membuka atau mengubah braces sendiri.

Sabar dan konsisten – Proses memakai braces memerlukan masa. Walaupun ia mencabar, hasil akhirnya akan berbaloi.

Dengan penjagaan yang betul, pengalaman memakai braces boleh menjadi lebih mudah dan selesa. Semoga tips ini membantu! 😊

 

X, Hani. ❤

 

error: Content is protected !!