Tips Penjagaan Bagi Kulit Kering.

As someone yang ada masalah kulit kering, I banyak lalui proses trial and error untuk tahu cara yang paling efektif untuk I jaga kulit I. Today I nak share beberapa tips penjagaan kulit kering untuk sesiapa yang mempunyai masalah yang sama. Kulit kering ni satu je, kalau salah penjagaan, kulit boleh jadi gatal. Lagi satu, boleh buatkan you jadi malu dan kurang self-esteem. Tapi, sebelum I nak share, I nak bagitahu awal-awal yang kulit kita ni tak sama, mungkin tips I ni tak berkesan untuk orang lain. Apa pun, berbaloi untuk mencuba sebab apa yang I share ni, sangat berkesan untuk diri I sendiri. 


Sabun Mandi. 

Pakai sabun mandi susu kambing. Setakat ni, I dah cuba macam-macam sabun mandi dan semua buatkan kulit I jadi lagi kering terutama sabun mandi jenis antibacterial macam Dettol, Lifebuoy dan Antabax. Sabun mandi baby pun tak semua yang I boleh pakai. So, I memang consistent pakai sabun mandi susu kambing sahaja. 


Sapu Lotion Badan Selepas Mandi. 

Waktu terbaik untuk sapu lotion badan adalah selepas mandi iaitu semasa badan masih lembap. Lap badan dengan tuala, kemudian sapu lotion badan dari kaki sampai ke leher. I pakai Nivea Intensive Moisture Milk Body Lotion. Highly recommended. 


Scrub Badan Every Week. 

I scrub badan guna campuran oats & susu. Kulit perlu di scrub untuk buang sel kulit mati. Kalau tak, apa sahaja produk yang dipakai tak  meresap ke dalam kulit. 


Rendam kaki dalam air suam. 

Ini bagi yang ada masalah cracked heels. Rendam kaki dalam air suam selama 15-20 minit, kemudian berus tapak kaki secara lembut untuk buang kulit-kulit mati. Bila selesai, sapukan petroleum jelly Vaseline dan terus pakai stokin. Tak payah nak pakai beli produk mahal-mahal. Vaseline sangat bagus. Hari yang tak nak rendam kaki tu pun, sapukan je vaseline sebelum tidur dan pakai stokin. If you consistent buat macam ni, confirm tumit you jadi licin balik. 


Lipbalm untuk bibir kering. 

I pernah ada masalah bibir kering yang sangat teruk sampai I malu nak pakai lipstik. Lipbalm yang berjaya buat bibir I pulih adalah Eucerin Lip Active. I sangat recommed lipbalm ni. Kawan-kawan I yang ada masalah bibir kering, after pakai lipbalm ni terus baik. Lagi satu, those yang ada masalah bibir kering tu, elakkan pakai matte lipstik buat sementara waktu dan apa sahaja yang matte finish. 


Minum banyak air. 

Mana-mana tempat pun you akan jumpa perkara yang sama sebab minum banyak air ni sangat bagus untuk kulit. Jadi, make sure minum air secukupnya. Oh, lagi satu, jangan lupa untuk terus minum segelas air bila bangun tidur. 


Pakai Serum Kuku.

Ini adalah untuk mencegah kutikel di area kuku dari kering dan retak. I selalu sapu selepas I mandi dan sebelum tidur. Lagi kerap pakai lagi bagus. Untuk serum kuku ni I pakai The Bodyshop Almond Nail And Cuticle Oil.


Petroleum Jelly Vaseline. 

Produk ni adalah produk yang semua orang wajib ada. Sometimes dekat kulit kita ni ada beberapa spot kulit kering yang memerlukan lebih perhatian. Sapukan vaseline secara consistent untuk pulihkan kulit tu. Untuk siku dan lutut, sapukan juga vaseline walaupun dah pakai lotion. 


Penjagaan kulit muka. 

Kulit muka perlukan penjagaan yang rapi. Produk yang digunakan juga harus bersesuaian dengan jenis kulit muka. Rujuk post i: Skin Care Advice For Healhier-Looking Skin. Berikut adalah moisturiser yang I pernah pakai dan I sangat recommend untuk yang ada masalah kulit kering:

La Roche-Posay Cicaplast Baume B5
Bioderma Hydrabio Gel-Creme
Cerave AM Facial Moisturizing lotion
Cerave PM Facial Moisturizing lotion

 

X, Hani. ❤

 

error: Content is protected !!